Cara/Teknik memakai Minyak Kasturi.

Slide Show Wangian

Mukadimah Wangian Minyak Kasturi.


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kepada semua yang ada di luar sana, kami menawarkan pelbagai wangian minyak kasturi dengan pelbagai bau haruman dan pelbagai khasiat yang terkandung di dalamnya. Pasti anda tidak akan rugi jika memilikinya setelah anda memakainya. Kami adalah pembekal wangian minyak kasturi dengan pelbagai jenis wangian kasturi.

Antara Wangian Kasturi :

  1. Wangian Kasturi Kijang.
  2. Wangian Kasturi Putih.
  3. Wangian Kasturi Hitam.
  4. Wangian Kasturi Bunga.
  5. Wangian Kasturi Merah.
  6. Wangian Kasturi Susu.
  7. Wangian Kasturi Putih Magic Power.
  8. Wangian Kasturi Susu Zafran


'BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.'


Dari 'Aisyah r.a, "Seorang wanita bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tentang cara mandi dari haid. Beliau lalu memerintahkan wanita itu bagaimana cara mandi. Beliau bersabda: "Ambillah sepotong kapas yang diberi kasturi lalu bersucilah." Wanita itu bertanya, "Bagaimana aku bersucinya? Beliau menjawab: "Bersucilah dengan kapas itu!" Wanita itu berkata lagi, "Bagaimana caranya aku bersuci?" Beliau bersabda: "Bersucilah dengan menggunakan kapas itu!" Wanita itu bertanya lagi, "Bagaimana caranya?" Maka Beliau berkata, "Subhaanallah. Bersucilah kamu!" Lalu aku menarik wanita itu kearahku, lalu aku katakan, "Kamu bersihkan sisa darahnya dengan kapas itu." (HR al-Bukhari)

Minyak kasturi amat mewah di Malaysia. Dari yang tiruan hingga ke asli. Juga terdapat berbagai warna dan jenis. Perbezaan antara tiruan dan asli ialah dari segi tahan lama baunya yang kekal lebih 3 jam jika terkena melakukan aktiviti luar dan tahan selama 3 minggu jika disapu dibaju dan tidak dikeluarkan dari almari.

Kasturi pada asalnya terdiri dari tiga warna dan jenis iaitu kasturi putih, kasturi hitam dan kasturi asli (warna kuning). Kasturi asli (warna kuning) diolah lagi di mana bagi menarik perhatian pembeli dan pengguna.(kasturi hitam yg paling ana minati!)
a) Kasturi asli telah diolah warnanya menjadi warna susu, pink dan hijau susu (atau digelar kasturi susu).
b) Kasturi putih diolah menjadi bauan ros menjadi bauan ros seperti kasturi rose dimasyq.
c) Kasturi hitam pula kini terdapat dalam bentuk kasturi gaharu, cendana, senduduk dan anbar.
Walauapapun, yang penting ianya haruslah dibuat dari kasturi kerana bau badan Rasulullah dan keluarganya sendiri berbau kasturi. Ini dikuatkan dengan cerita di mana sahabat nabi datang ke rumah cucu rasulullah ketika beberapa purnama baginda wafat, cucunya masih mengenakan bauan haruman kasturi sebagaimana yang rasulullah selalu gunakan.

Antara khasiat dan kelebihannya:
-Menghindarkan dari angin Ahmar
-Menghilangkan sakit kepala
-Melindungi dari gigitan nyamuk dan lalat
-Darah gemuruh
-Sesak nafas
-Selsema
-Hysteria
-Menyejukan badan
-Melembutkan kulit
-Urut sakit sendi
-Rawatan luka luar dan dalam
-Sengatan serangga

Nabi SAW bersabda “Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abu Said al Khudriy).

Doa memakai haruman kasturi:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، اَلَّلهُمَّ صَلَّى عَلَى سَيِّدنَا مُحَّمَدٍ


Cara Pemakaian Kasturi

Menurut Syaikh Hayat Ali Ridzha Al-Khiyami an Naqsyabandi, pesakit yang terkena sihir hendaklah memakai minyak wangi di ‘32’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah::

20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.:
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua puting payu dara.
2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
1: Lubang pusat.

Manakala menurut Al-Marhum Tuan Guru Hj. Abdullah bin Abdul Rahman, asas pemakaian kasturi mengikut sunnah ialah kasturi disapu di baju atau ihram dan juga di kening.

Menurut Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin asas pemakaian kasturi mengikut sunnah ialah kasturi disapu di baju atau ihram dan juga di kening dan penambahan satu kawasan iaitu menandakan kasturi dipergelangan kedua tangan. Pusing mengikut tawaf kaabah (anti-clock wise).

Maklumat lanjut :

Hubungi : En.Hadi :013-9109445

Email: adiputreganu@yahoo.com.my



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sami Yusof