Cara/Teknik memakai Minyak Kasturi.

Slide Show Wangian

Sunnah Rasulullah S.A.W kepada wangian

Setiap manusia mempunyai minat. Suka kepada sesuatu. Apakah benda yang ada di dunia yang disukai oleh Nabi S.A.W? Apakah perkara di dunia ini yang Nabi S.A.W minati?

Sabda Nabi S.A.W :

“ Perkara yang disukai oleh aku daripada dunia, wanita yang halal dan wangian.”

Wangian dan haruman yang bagus adalah perkara yang disukai oleh Nabi S.A.W. Tak syak lagi, sukanya baginda kepada wangian kerana naluri fitrah seseorang manusia yang normal. Setiap orang jika fitrahnya baik, jika kejadiannya baik, jika kemanusiaanya baik sudah tentu dia akan suka kepada wangian. Sebaliknya da akan membenci seperti Nabi S.A>W yang tidak suka kepada bauan yang busuk. Nabi S.A.W benci jika terlihat atau terbau benda yang busuk. Rasulullah tak suka makan bawang putih, merah dan tumbuhan yang berbau busuk. Apabila baginda ditanya tentang ini.

“Saya seorang pemohon”.

Bermaksud, aku memohon kepada tuhanku dan malaikat turun kepadaku,sebab itulah aku tak mahu ada padaku bau busuk.

Berwangi menyegarkan jiwa untuk beribadah. Allah S.W.T telah kurniakan kepada diri Nabi S.A.W wangian semulajadi. Peluh Nabi S.A.W lebih wangi dariapada minyak wangi. Setiap manusia tahu macam mana bau peluhnya. Tetapi peluh Nabi S.A.W lebih wangi daripada wangian. Nabi S.A.W kuat berpeluh. Suatu hari baginda tidur di rumah Ummu Salamah. Lalu Ummu Salamah membawa bekas mengumpul peluh yang ada di lengan baginda. Lengan Nabi S.A.W berpeluh dan diambil olehnya (Ummu Salamah). Baginda terjaga dan berkata :

“Apa yang kau buat, Ummu Sulaim”

Dia Menjawab :

“ Ya Rasulullah, kami nakkan wangian yang terbaik untuk kami.”

Dalam riwayat lain, “ kami jadikannya keberkatan untuk anak-anak kami.”

Lalu Nabi S.A.W bersabda :

“Kau benar”

Nabi jadikan wangian, 1/3 dari mas kahwin Fatimah Antara sunnah dalam wangian. Nabi S.A.W mengajar kita agar tidak menolak wangian. Sesiapa yang mendapat wangian sebagai hadiah atau diberi wangian di tempat khusus maka janganlah dia tolak wangian tersebut kerana dia adalah nikmat kurnian Allah S.W.T kepada manusia. Nabi S.A.W sentiasa mendapatkan wangian sama ada dengan dengan membelinya atau menggunakannya. Nabi menggunakan wangian Kasturi.

Nabi bersabda :

“Sebaik-baik wangian adalah kasturi”

Nabi juga sukakan ‘Anbar dan Faghia iaitu bunga dari pohon inai. Juga menggunakan wangian Raihan.

Nabi S.A.W bersabda :

“ Sesiapa yang mendapat Raihan maka jangan ditolak kerana ia berasal dari syurga.”

Walaupun baginda berbau wangi secara semulajadi baginda tetap berusaha mengguna wangian dan menggunakan duit untuk mengguna wangian. Manusia mampu membezakan antara 5 ribu aroma yang berlainan. Keharuman Nabi S.A.W orang lain akan tahu baginda melalui jalan tertentu. Kerana baginda memiliki wangian dan keharuman yang istimewa yang tidak ada pada orang lain. Hinggakan jika baginda menggosok kepala kanak-kanak. Ini salah satu dari kebiasaan baginda, jika bertemu seorang budak baginda akan menggosok kepala budak itu, bercakap, bergurau dengannya. Bila budak itu balik kerumahnya, keluarganya akan tahu bahawa dia telah bertemu dengan Nabi S.A.W, bila mereka terbau wangian. Sebaik saja budak itu masuk ke rumah, mereka terbau wangian Rasulullah dan baginda telah menggosok kepalanya.

Anas berkata : “Aku tak pernah cium haruman ‘Anbar, Kasturi dan wangian lain yang lebih harum dari haruman Rasulullah”

Perkara penting berkaitan dengan wangian, kita disunatkan untuk mengguna wangian pada semua perkara. Baginda teliti tentang wangian. Begitu teliti! Sentiasa mengguna wangian. Menggunakan ketika berumrah, menggunakannya ketika menunaikan solat, menggunakannya ketika ingin menghadiri majlis keramaian, juga menggunakannya pada hari Raya. Maka sunat bagi kita mengguna wangian ketika bersolat. Sunat menggunakannya ketika hadiri sebarang pertemuan. Sunat si isteri sapu wangian kepada suaminya. Begitu juga si suami kepada isterinya. Wangian ialah sunnah yang sentiasa diamalkan. Maksudnya seorang disunatkan sentiasa menggunakan wangian. Berlebihan dalam mengguna wangian tidak mengapa.

Sunnah wangian ialah sunnah yang indah, baginda yang paling banyak menggunakan wangian. Jika seseorang ingin mencontohi Nabi S.A.W, merasai dan menghayati bahawa sunnah ini menghubungkan dia dengan Nabi S.A.W. Dia merasai bahawa pada dirinya sesuatu yang disukai oelah Rasulullah S.A.W. Tak syak lagi, apa yang disukai oelah Rasulullah juga disukai oleh Allah S.W.T. Saya kini dalam keadaan berbau harum merasai Allah S.W.T menyukai akan wangian tersebut dan Rasulullah S.A.W menyukainya kerana memahami dan menghayati.



3 comments:

  1. Terima kasih infonya gan.
    Lumayan buat nambah wawasan.

    Parfum Ori
    Minyak wangi yg paling disukai.

    ----------

    ReplyDelete

  2. sya alah pada wangian seperti minyak wangi,detergent,clorox,cat,colok dan beberapa perkara lgi..dan saya seorang yg semput(asthma)..
    soalan nye:-
    jika Kita menolak utk berwangi wangian ada yg berkata dlm badan kita ada Jin ?
    sedang kan kita memang alah pada wangi wangian atau bau bauan..!!
    mohon pencerahaan...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau yg anda senaraikan tu ..semua bau faberet saxta..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sami Yusof