Cara/Teknik memakai Minyak Kasturi.

Slide Show Wangian

Wangian2 Dalam Islam


Terdapat beberapa riwayat yang jelas tentang perkaitan antara wangi-wangian itu dengan nikmat di syurga. Iman Ibnu Qayyim rah pernah menulis,

"Sesungguhnya Allah swt telah memperlihatkan kepada para hambaNya di dunia ini akan beberapa kesan yang berupa ciri-ciri syurga, Sebagai contohnya bau-bauan yang wangi dan sedap, kedinginan, pemandangan yang indah, buah-buahan yang baik-baik, segala nikmat kesukaan dan kesenangan."

Abu Sufyan dan Jabir r.a memberitakan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

"Allah s.w.t berfirman kepada Syurga, Wangilah untuk penghuni engkau!, lalu Syurga pun bertambah mewangi. Maka demikianlah bahawa hawa dingin(serta keenakan baunya) yang dirasai manusia (di dunia) dikala dinihari. Iaitu sebagaimana juga Allah menjadikan api di dunia dan kepedihannya, juga kegelisahan dan dukacitanya sebagai peringatan tentang api di Akhirat."

(Hadis Riwayat Abu Nu’aim)

Disini bagaimana dikaitkan syurga, satu nikmat dan anugerah Allah s.w.t kepada hambaNya yang paling bernilai dan tinggi pemberianNya kepada mereka yang bertakwa dengan sifat wangi. Malah terdapat banyak lagi riwayat-riwayat yang dikaitkan nikmat dan anugerah Allah s.w.t dengan sifat wangi. Wangi-wangian juga adalah merupakan kegemaran Rasulullah SAW,di mana beliau pernah bersabda yang bermaksud,

"Sesungguhnya Allah menyukai setiap yang berbau harum (wangi) dan suka pada pakaian yang bagus-bagus"

(Hadis Riwayat Ad-Dailami)

Rasulullah SAW sangat berminat dan memakai wangi-wangian, sebaliknya membenci bau-bauan yang busuk dan keji. Keadaan ini dirakamkan oleh sahabat Nabi SAW, iaitu Anas bin Malik r.a,

Sesungguhnya Nabi SAW tidaklah beliau menolak (apabila diberikan) wangi-wangian)

Bukan setakat itu sahaja, dalam kehidupan seharian pun apabila kita sesuatu perkara itu dikaitkan dengan wangi-wangian maka sudah semesti ianya adalah sesuatu yang mempunyai nilai yang tinggi. Contohnya apabila kita ingin memberikan hadiah atau sesuatu maka adalah lebih baik jika barang/hadiah diletakkan sedikat wangi-wangian agar lebih dirasai nilai pemberian itu. Jelaslah disini menunjukkan bahawa semua perkara yang baik dikaitkan dengan wangi-wangian manakala sesuatu perkara yang tidak baik dikaitkan dengan sesuatu perkara yang busuk. Terdapat banyak kitab-kitab oleh ulamak-ulamak terkenal yang menjelaskan bahawa malaikat menyukai wangi-wangian manakala iblis menyukai sesuatu perkara yang busuk.

Pada keadaan biasa pun sesuatu yang busuk itu akan mengundang perkara yang tidak elok, sebagaimana dirumah kita menyimpan bahan-bahan yang busuk seperti nasi basi, najis anak pada lampin bayi dan sebagainya, sudah tentu bakal mengundang benda-benda yang tidak elok ke dalam rumah kita, lalat akan datang yang pada masa yang sama akan membawa virus, kuman, bekteria dan sebagainya yang bakal member kesan mudharat dengan izin Nya.

Begitu juga dengan akhlak yang tidak elok yang sentiasa dikaitkan dengan sifat busuk hati dan sebagainya, jadi ianya masih berkait rapat dengan sifat busuk, dan pastinya ianya akan mengundang kepada natijah yang tidak elok kepada diri dan juga orang lain.

Kesimpulannya ialah sesuatu yang baik itu akan dapat dikaitkan dengan sifat wangi manakala apa sahaja yang tidak elok dikaitkan dengan busuk. Jadi amalan berwangi-wangian adalah merupakan satu amalan yang disukai oleh Allah s.w.t dan RasulNya SAW, mudah-mudahan dengan amalan ini akan menjadikan satu sebab untuk kita mendapat Rahmat di sisiNya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sami Yusof